blognya miftach

Share about you think here

Senin, 01 Juni 2009

Mukjizat Al-Quran dan Sains (Laut Dalam)

Pendahuluan

Mukjizat kali ini akan membicarakan tentang bentuk mukjizat baru dalam Al-Quran untuk manusia di zaman ini, zaman sains dan teknologi. Kita akan memulai dengan topik lautan dan kegelapan lautan.

Pembicaraan berkenaan dengan ayat Al-Quran yang memberitahu kita tentang fenomena dasar laut yang bermula selepas 200 meter. Memang mustahil bagi manusia sampai kepada kedalaman tersebut tanpa bantuan peralatan moden.



Bagi kebanyakan manusia, lautan merupakan satu alam misteri sehinggalah Kurun ke-18 Masihi. Ia berikutan kepercayaan-kepercayaan karut serta dongeng-dongeng yang berkaitan dengan lautan telah merajai tamadun-tamadun lama. Sebagai contoh, orang-orang Rom mempercayai bahawa puncak-puncak ombak adalah kuda-kuda putih yang menarik kereta Dewa Neptun.

Mereka mempercayai kewujudan ikan-ikan penyedut yang mempunyai kesan ajaib untuk menghentikan kapal-kapal. Orang-orang Greek juga mempunyai kepercayaan-kepercayaan seperti ini, sebagai contoh, pelayar-pelayar mereka mempercayai bahawa punca pusaran-pusaran laut disebabkan kewujudan makhluk yang mereka namakan 'Charybdis' yang menyedut air kemudian menghembuskannya.

Dalam keadaan manusia yang mempunyai kepercayaan khurafat seperti ini, Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W menceritakan tentang fakta-fakta yang berkaitan dengan lautan.

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda